Monday, September 26, 2016

ezbuy Malaysia - Platform Shopping Online Yang Mudah

ezbuy MALAYSIA – REVIEW PLATFORM SHOPPING ONLINE TERBAHARU

https://ezbuy.my/
http://invl.co/szo

Salam,

Bila cerita pasal shopping online ni, aku rasa aku adalah antara online shopper yang agak tegar juga kot? Haha. Ialah, sekarang semuanya dihujung jari saja (cliché) tapi seriously sejak aku mula pandai shopping online ni, kita boleh jimat banyak sangat!

Tak perlu bersiap lawa-lawa, keluar isi minyak, cari parking, bayar parking, penat jalan-jalan cari barang. Yang penting bila shopping online ni kita mesti pandai cari dan dah tahu platform mana yang kita ada pengalaman, percaya, ada online banking (atau sesetengahnya boleh COD, Cuma sediakan duit cash siap-siap), dan yang paling penting, mula-mula sekali decide barang apa yang kita nak cari…kalau tidak memang sekejap je duit gaji kau mengalir bak air sungai sebab shopping online ni syaitan dia lain sikit pangkat dia! Haha!

https://ezbuy.my/

ezbuy Malaysia
Kalau korang semua adalah regular online shopper macam aku, mesti dah familiar dengan beberapa platform membeli-belah dalam talian yang dah sedia ada banyak kan? Dan baru-baru ni salah satu rangkaian laman web online shopping ezbuy Malaysia yang berpusat di China, semakin dikenali kerana menyediakan bukan sahaja platform untuk korang shopping secara runcit barangan terus dari Malaysia, China, Taiwan, USA dan negara serantau, tetapi juga ada juga menawarkan jualan secara pukal atau borong dengan Prime Membership, di mana korang boleh membeli secara borong, dan hanya membayar RM8.80 nett, regardless of the parcel size and weight!

https://ezbuy.my/

Shopping Macam Biasa
Di ezbuy Malaysia ni, memang mudah dan sama sahaja proses untuk korang shopping secara online,

https://ezbuy.my/

* ‘Register & Log in’ – Boleh daftar melalui email atau ID Facebook 

* Isi Butiran – Sebelum shopping isi butiran yang penting-penting dahulu, seperti alamat, nombor telefon, tetapan notifikasi order item, etc. 

* Tekan butang HOME – dan mulakan shopping macam biasa. 

* ‘Shopping Cart’ – Yang mana berkenan masukkan dalam ‘Shopping Cart’

* Masukkan special instruction (jika ada)

https://ezbuy.my/Prime

* ‘Shopping Cart’ – sebelum ‘Check Out’ korang boleh lihat estimated time/anggaran masa dan tarikh untuk terima item dari warehouse. 

* Pilih ‘Shipping Method’ - ada beberapa shipping method yang ditawarkan seperti DHL Express, Priority Air, Economy Air dan juga By Sea. 

* ‘Check Out’ dan buat bayaran 

* ‘Payment Method’ – Ada beberapa cara bayaran untuk korang pilih bagi tambah ‘Top Up’ yang diperlukan semasa payment check out, iaitu E-Banking (Local), Online Internet Banking macam biasa, ATM Transfer, dan juga melalui Kad Kredit.
https://ezbuy.my/

Mudah kan?
Yang penting, semasa browsing, pastikan harga setiap item dengan betul, semak sama ada item diimport dari mana, harga shipping yang ditawarkanboleh cuba filter untuk tawaran diskaun sehingga 70%, pastikan kuantiti barang dengan betul, dan selepas puas hati dengan tempoh masa dan tarikh penghantaran, tentukan shipment dan payment method yang sesuai dan memudahkan korang semasa proses check out.

https://ezbuy.my/Prime

Ezbuy Malaysia Prime Membership
Seperti yang aku mention mula-mula tadi, antara kelebihan laman ezbuy Malaysia ni ialah, korang boleh cuba pembelian secara borong ‘bulk purchases’ dan hanya membayar harga penghantaran flat rate RM8.80/nett, tidak kira berat atau saiz parcel tersebut. Dengan bayaran yuran tahunan sebanyak RM188, perkhidmatan ini akan aktif selama 1 tahun dan akan aktif setiap kali korang shopping, tidak kira berapa banyak pun kuantitinya.

https://ezbuy.my/Prime

Buat masa ni ada juga tawaran 1 month ‘Trial Period’ dengan harga RM18.80 bagi setiap kali penghantaran.
http://invl.co/tzo

Untuk pembaca blog ini, ada special treats untuk korang semua,

1 – Daftar dan dapatkan Voucher RM15 dalam akaun ezbuy korang di sini - http://bit.ly/2cTr6r9

2 – Diskaun 15% shipping fee – Gunakan kod ezfriend15

3 – Daftar Prime Trial (Terhad kepada 100 first register user)
KLIK SINI - https://goo.gl/7eXgQs

Sesuai Untuk Memulakan Perniagaan
Bagi pendapat aku, laman ezbuy Malaysia ni adalah salah satu platform yang sesuai untuk korang yang cuba untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan perkhidmatan borong barangan import secara pukal dengan harga yang sangat berpatutan. Kepada yang berminat, boleh cuba dan ikuti setiap langkah dnegan teliti jika melibatkan penbelian yang banyak, nak selamat, cuba beli sedikit dahulu dan bandingkan dengan yang lain.
https://ezbuy.my/

Dan tak mustahil kalau laman ezbuy Malaysia ini boleh menjadi antara laman membeli belah online yang sebaris dengan laman yang lain.

# Journal Jeeb.